Penemuan Mata Kail Tertua Berusia 23,000 Tahun

OKINAWA  – Mata kail berusia 23,000 tahun yang dipercayai tertua di dunia ditemui di sebuah gua di Pulau Okinawa, Jepun.

 
Memetik laporan BBC, mata kail dari cangkerang siput laut dijumpai bersama beberapa lagi barangan purba lain, termasuk dua lagi mata kail manik dan bahan makanan.

 
Penemuan tersebut membuktikan penggunaan teknologi maritim pada zaman tersebut dikatakan lebih maju berbanding jangkaan ahli arkeo­logi.

 
Akademi Sains Kebangsaan Jepun berkata, penemuan itu menunjukkan teknologi maritim yang meluas secara geografi sehingga menjangkau ke bahagian utara sepanjang barat lautan Pasifik.

 
Difahamkan pulau tersebut dihuni kumpulan manusia moden sejak 50,000 tahun lalu.

 
Sebelum ini, mata kail purba pertama kali ditemui di Timor Leste dan Papua New Guinea, yang diandaikan masing-masing berusia sekurang-kurangnya 16,000 tahun serta 18,000 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.