Pelawaan Asri Tak Bersambut, AMIN Enggan Berbalah

KUALA LUMPUR – Pelawaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kepada Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara (AMIN) untuk berdialog mengenai “Bahaya Ekstrimisme Agama” ditolak disebabkan tidak mahu berbalah.

 

Menurut Jurucakap persatuan itu, Sheikh Kareem Said Khadaied, kenyataan yang dikeluarkan mengenai Asri merupakan satu nasihat dan tidak mempunyai sebarang niat lain.

 

“Kita tak nak berdialog kerana tak nampak baiknya, kita tak suka argue (berbalah). Ini bukan cara kita.

 

“Kita nak cakap apa yang kita katakan pada Asri itu sebagai nasihat. Dia nak terima (atau tidak), itu terpulang,” katanya kepada Malaysiakini.

 

Pada 19 September yang lalu, AMIN menyatakan pendiriannya bagi mendesak kerajaan membanteras fahaman wahabi yang disifatkan sebagai ancaman kepada negara.

 

Menurut Sheikh Abdul Kareem, Wahabi yang dikaitkan dengan ilmuwan Ibnu Taimiyyah disifatkan sebagai tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana ia mendorong  kepada gerakan militan ekstrim seperti Negara Islam (IS).

 

Dalam pada itu, AMIN dilaporkan mendesak pihak berwajib mengharamkan penceramah yang dilihat membawa fahaman Wahabisme dan desakan ini turut ditujukan kepada Asri.

 

 

One thought on “Pelawaan Asri Tak Bersambut, AMIN Enggan Berbalah

  • September 22, 2016 at 8:56 am
    Permalink

    Orang kalau tiyada ilmu agama yang cukup jagan muduh nak kafirkan orang. من كفر مسلما فقد كفر

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.