Obama Gesa Israel Tamat Penjajahan Palestin

PBB (NEW YORK) – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata kepada PBB, kedua-dua pihak akan mendapat manfaat jika Israel mengakui ia tidak boleh menduduki secara kekal tanah Palestin dan jika rakyat Palestin menolak hasutan dan mengiktiraf kewujudan Israel.

 

Reuters melaporkan, usaha Obama untuk memeterai satu perjanjian damai Israel-Palestin gagal dalam tempoh lapan tahun beliau mentadbir Rumah Putih, dengan sokongan terbaru oleh Setiausaha Negara AS, John Kerry, runtuh pada 2014.

 

Pihak berkuasa AS meletakkan kemungkinan Obama berupaya menggariskan satu perjanjian kasar atau “parameter” dalam terma diplomatik, selepas pilihan raya presiden 8 November ini dan selepas beliau meninggalkan jawatannya Januari depan, namun ramai penganalisis ragu-ragu ia memberi banyak kesan.

 

“Sudah pasti rakyat Israel dan Palestin akan lebih baik jika rakyat Palestin menolak hasutan dan mengiktiraf kewujudan Israel dan jika Israel mengakui ia tidak boleh secara kekal menduduki dan mengadakan penempatan di tanah Palestin,” kata Obama.

 

Bercakap dalam perjumpaan tahunan Perhimpunan Agung pemimpin dunia di PBB untuk kali terakhir sebagai Presiden AS, Obama juga berkata, Russia cuba memulihkan “kejayaan yang hilang” menerusi kekerasan.

 

Beliau memberi amaran kepada Russia, jika ia “terus campur tangan dalam urusan jirannya, ia mungkin popular di tanah air, ia mungkin menyemarakkan semangat nasionalisme pada satu masa, namun sejajar masa ia juga menghapuskan kedudukannya dan menjadikan sempadannya kurang selamat.”

 

Russia menduduki Semenanjung Crimea Ukraine pada 2014 selepas beberapa bulan bantahan di Kiev yang menyingkirkan Presiden Ukraine pro Moscow, Viktor Yanukovich.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.