MCA, Gerakan Jangan Gusar Persempadanan Pilihan Raya – TPM

NEW YORK – MCA dan Gerakan tidak perlu gusar dengan syor persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dikatakan akan menjejaskan kerusi-kerusi yang bakal ditandingi mereka kerana perasaan itu turut dikongsi oleh UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN).

 

Malah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak fikir parti-parti pembangkang akan bersetuju dengan syor persempadanan yang sedang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu yang tentu sekali akan diteliti rapi kerana melibatkan kawasan yang akan dikecil dan ditingkatkan jumlah pengundinya.

 

“(Bagi BN), saya fikir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (selaku Pengerusi BN) akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada hujung minggu ini untuk membincangkannya.

 

“Saya juga percaya satu tempoh yang secukupnya akan ditetapkan oleh SPR untuk menentukan ketidaksetujuan syor itu diterjemahkan dalam bentuk bantahan,” kata beliau kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri jamuan makan malam yang dihoskan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.