Kena Tangkap Khalwat Lepas 4 Bulan Lafaz Talak

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditangkap khalwat selepas melafazkan cerai kepada isterinya yang sarat mengandung 4 bulan.

 

Tidak habis disitu, isteri lelaki tersebut didakwa memuat naik status untuk menyakitkan hati bekas isterinya.

 

Bekas Isteri mangsa yang menggunakan akaun Facebook Che’a Zalihar, akhirnya membuat perkongsian dengan menyelar tindakan wanita yang kini berstatus isteri kepada bekas suaminya.

 

Che’a Zalihar mendakwa, wanita tersebut bukan sahaja merampas bekas suaminya bahkan telah menjalinkan hubungan sulit sekian lama sebelum penceraian mereka dan telah ditangkap khalwat seminggu selepas itu.

 

“Hei Siti MAYAT Ko sedar tak ape ko cakap tu?? Ko bercinta dengan dia masa dia masih suami aku. Dia ceraikan aku masa aku hamil 4bulan.

 

“Kau orang kena tangkap khalwat dalam masa seminggu lepas manusia tak ada hati perut tu lafaz talak. Dalam masa aku mengusung perut ke hulu ke hilir sorang diri ko senang-senang mengusung dia shopping ke hulu ke hilir berpimpin tangan tanpa rasa bersalah. Kau nak aku tunjuk bukti?? Baik, aku tunjukkan sikit. Anak dia pun dia TAK PERNAH JENGUK! Weh mangkuk lebih baik ko duduk diam-diam.  Tak payah nak berlagak sangat,”tulis mangsa.

 

Tambahnya, wanita yang mendapat jolokan Siti Mayat itu tidak perlu menghebahkan status menyakitkan hatinya di laman sosial kerana berita yang dikongsikan membuatkan ramai temannya berasa tidak senang hati dan meluat.

 

“Kau buat caption untuk keluarga dan kawan-kawan kau je. Tak payah nak ‘public’ sangat okay. Memang aku dari awal dulu dah ‘block’ fb kau laki bini. Tak ingin nak ambil tahu pasal kau orang. Tapi kawan-kawan aku, kawan-kawan mangkuk tu meluat nak tengok perangai kau.

 

“Manusia jenis tak bersyukur, dah ada laki bagus, yang sediakan kau rumah, belikan kau kereta. kau mintak cerai, laki orang kau rembat. Simpan sikit gedik kau tu,”ujarnya.

 

Tambah mangsa cerai itu, apa yang dilakukan wanita tersebut akan berbalik kepadanya.

 

“What goes around comes around. Tunggu dan lihat k. Balasan Allah itu pasti,”tulisnya.

 

Dia turut membuat beberapa hashtag bagi mengakhiri status tersebut bersama sekeping gambar yang diletak icon mangkuk tandas dan tahi.

 

#NahHadiahUntukKo #NakCanang1DuniaSangatKan #AkuTolongCanang.

 

Dalam pada itu, status tersebut mendapat sokongan teman-teman mangsa yang menganggap kejadian tersebut akan ada hikmah disebaliknya-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.