‘Jangan Hirau Orang Tua Hilang Akal Ini’ – Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – “Orang tua yang seakan hilang akal ini,”bidas Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar tanpa menyebutkan nama individu tersebut.

 

Bagaimanapun, umum mengetahui biarpun tanpa menyebutkan nama, jelas bahawa kenyataan baginda ditujukan kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Kemurkaan Sultan apabila Tun Mahathir tidak bersetuju dengan konsep Bangsa Johor.

 

“Mungkin ada orang politik di luar Johor yang cemburu dengan konsep bangsa Johor menyatakan ia hanya membawa pepecahan.

 

“Bukankan penyatuan pelbagai kaum bawah satu bangsa itu menghasilkan perpaduan? Bukankah perbalahan politik yang membawa perpecahan (antara rakyat)?

 

“Jangan kita hirau orang tua yang seakan hilang akal ini,” kata baginda memetik sebuah portal.

 

Sultan Ibrahim menegaskan apa yang penting, adalah bagi penduduk Johor berbangga menjadi bangsa Johor yang bersatu padu dan setiasa menjaga hubungan harmoni antara kaum dan agama yang berbeza.

 

Baginda berkata demikian pada majlis minum petang bersama 50 pemimpin persatuan Cina di Istana Besar di Johor Baru.

 

Bulan lalu, Sultan Ibrahim menyelar Mahathir berhubung sejarah Johor.

 

Baginda berkata istilah ‘Bangsa Johor’ telah dicipta oleh moyangnya pada tahun 1920 bagi menyatukan semua kaum di negeri ini “untuk kerjasama, keharmonian dan kewujudan aman”.

 

“Tiada kaum atau individu telah dipinggirkan. Dia (moyang saya) telah terbukti betul.

 

“Konsep Bangsa Johor telah dimulakan sebelum Tun Mahathir dilahirkan. Beliau tidak mempunyai idea apa yang dia cakap,” katanya.

 

Mahathir berhujah bahawa rakyat Malaysia mungkin berpecah jika semangat kenegerian diamalkan.

One thought on “‘Jangan Hirau Orang Tua Hilang Akal Ini’ – Sultan Ibrahim

  • November 25, 2018 at 2:51 pm
    Permalink

    Betul apa yg Tun M katakan…
    Tk faham susah cakap.
    !!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.