Isu Anugerah Lead By Example, Satu Rancangan Rapi Untuk Malukan Rosmah

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao menyifatkan menyifatkan tindakan sebuah badan di bawah Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang mengeluarkan nama Datin Seri Rosmah Mansor untuk anugerah Lead By Example sebagai satu gerakan yang cukup rapi untuk memalukan isteri Perdana Menteri di peringkat global.

 

 

Beliau berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati  agensi berkenaan merupakan sebuah agensi yang berasaskan yahudi dan tindakannya mengeluarkan nama program PERMATA pada saat akhir nyata mempunyai niat jahat.

 

 

“Dalam hal ini, beliau sendiri tidak mahu menerima anugerah berkenaan sebaliknya tidak pernah memohon pun akan sebarang anugerah.

 

 

“Akhirnya diketahui, langkah mengeluarkan nama program PERMATA pada saat-saat akhir sebelum program pemberian anugerah itu dibuat dengan niat jahat untuk memalukan isteri Perdana Menteri pada hari pemberian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

 

 

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pengeluaran nama Rosmah daripada anugerah Lead By Example seperti yang dilaporkan beberapa media.

 

Semalam Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sa­rif­fuddin Tengku Ahmad berkata, permohonan tersebut juga tidak dikemukakan oleh kera­jaan atau Permata.

 

Menurut Tengku Sarifuddin, Ke­tua Pengarah UNESCO, Irina Bokova telah meng­hantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Rosmah dan Men­teri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pada 8 September lalu berhu­bung anugerah itu.

 

 

Mengulas lanjut, Ramesh berkata, Malaysia sudah mengesan niat buruk ini lebih awal dan alasan pihak organisasi bahawa status sumber kewangan PERMATA diragui, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

 

Jelasnya sudah pasti ada alasan tertentu di sebalik keputusan ini.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.