Ibu Atikah Nasihat Agar Bersabar Isu ‘Gambar Bogel’

KUALA LUMPUR – Ibu kepada pelakon yang baru meningkat naik, Atikah Suhaimie menasihatkan anaknya supaya bersabar ekoran tersebarnya gambar bogel yang didakwa milik pelakon tersebut.

 

Menurut pelakon tersebut, ibunya menasihatkan supaya pelakon tersebut tidak mengambil endah perkara tersebut kerana ia merupakan asam geram yang perlu ditempuhi oleh seorang pelakon.

 

“Ibu menasihati saya supaya tidak mengambil endah perkara berkenaan, malah memberitahu ia adalah asam garam yang perlu dihadapi seorang pelakon,” katanya kepada media hari ini pada majlis tayangan perdana filem Volkswagen Kuning.

 

Isu ini mula tersebar apabila gambar yang didakwa Atikah berbogel bersama seorang pelakon lelaki di atas ranjang tersebar di internet.

 

Menurut Atikah, beliau tidak pernah atau tidak mahu melihat gambar berkenaan namun menegaskan bahawa wanita dalam gambar berkenaan bukanlah dirinya.

 

 

Tambah beliau, apa yang lebih baik adalah untuk menyerahkan perkara berkenaan kepada pemilik syarikat penerbitan filem, Metrowealth, David Teo untuk menyelesaikan perkara tersebut.

 

 

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa kontroversi itu nyata menjejaskan periuk nasinya.

 

“Saya tidak terkejut kerana ini adalah kali kedua isu begitu timbul selepas diperkatakan tahun lalu.

 

“Bukan saya seorang pernah terpalit isu gambar lucah. Ada beberapa artis lain juga pernah menghadapinya dan terpaksa berdepan perkara itu,” katanya.

 

Terdahulu, pelakon tersebut turut terpalit kontroversi berkenaan video lucah didakwa membabitkan pelakon Ammar Alfian, Idris dan Atikah tersebar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.