Himpunan Haram: Mahkamah Perintah 2 ADUN PKR Bela Diri

KUALA LUMPUR – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dan empat lain diperintah membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika perhimpunan #Kitalawan tahun lalu.

 

Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md. Nor memutuskan demikian di akhir kes pendakwaan terhadap ADUN Teja, Chang Lih Kang, 36, dan ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing, 34.

 

Empat yang lain ialah Pegawai Perhubungan Perkampungan Daerah Gombak Chee Chu San, 41, dan pembantunya, Yong Ming Chong, 49; bekas Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya, N. Tamilarason, 54, dan aktivis, Gan Zhi Mou, 24.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.