Hentikan Isu ‘Minta Maaf’ Mahathir-Anwar

‎KUALA LUMPUR – Anak kedua Datuk Seri Anwar IBrahim, Nurul Nuha menggesa agar isu ‘minta maaf’ di antara bapanya dengan bekas Perdana Menteri tidak perlu dijadikan isu.

 

Menurut beliau, apa yang lebih penting persetujuan mereka berkenaan agenda pembaharuan demi kepentingan negara.

 

“Saya rasa apa yang penting kita perlu bergerak kehadapan, persetujuan mereka adalah mengenai agenda pembaharuan antara Mahathir dan Papa (Anwar)…jadi apa yang papa buat adalah untuk kepentingan negara.

 

“Saya rasa itu tidak perlu lagi diungkitkan kerana sekarang saya sudah katakan pada kenyataan yang lalu kami sekeluarga akan sokong pendirian papa,” katanya kepada media selepas ‎selesainya forum Detik Tercetusnya Reformasi di Kelana Jaya, malam tadi.

 

Pada 5 September lalu, Mahathir  hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan beliau terhadap permohonan Anwar mencaabar Akta majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

 

Sokongan ini nyata merupakan suatu perkara yang menarik  kerana kedua-dua pemimpin ini dikatakan sudah ‘bermusuh’ selama 18 tahun.

 

Sokongan ini memperlihatkan hubungan yang dahulu retak kini terjalin semula.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.