Golongan Bujang Jepun Berpeluang Jalani Kursus Rumah Tangga

TOKYO – Golongan bujang yang berhasrat mencari pasangan hidup di Jepun kini berpeluang mempelajari ilmu rumah tangga sebelum memutuskan untuk menamatkan zaman ‘bersendirian’.

 

Selain mempelajari ilmu penjagaan bayi dan kanak-kanak, mereka akan diajar mengenai teknik-teknik mengekalkan hubungan dalam rumah tangga, lapor MSN.

 
Pengurusan Ikumen University bertanggungjawab memperkenalkan kursus tersebut dimana hanya golongan lelaki dibenarkan menghadiri kursus yang dikenali sebagai ‘ikumen’ itu.

 
Menerusi kursus terbabit, para peserta akan diajar cara yang be­tul menjaga termasuk memandikan bayi.

 
Pada masa yang sama, mereka akan diajar memahami perspektif golongan wanita dalam penjagaan bayi dan kanak-kanak.

 

 

Sebagai contoh, dalam satu sesi yang diadakan pada hari Ahad, para peserta akan dipakaikan ‘jaket’ ibu mengandung seberat kira-kira 7 kilogram.

 
Selain itu, mereka perlu menghadiri satu sesi sebagai ‘wanita’ dan menyenaraikan sifat-sifat lelaki yang menjengkelkan wanita.

 
“Saya mahu membuktikan bahawa seorang lelaki memiliki kemahiran menjaga anak dan menyokong kehidupan berkeluarga dan berumah tangga,” kata seorang tenaga pengajar, Takeshi Akiyama.

 
Tambahnya, dengan adanya agensi mencari jodoh yang lengkap dengan pakej seperti ini, seseorang lelaki itu akan dilihat mempunyai nilai yang lebih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.