Bunuh Isteri, Sebelum Lemaskan 2 Anak Guna Ekzos

DEARBORN HEIGHTS – Seorang lelaki ditahan selepas dua anaknya dilemaskan menggunakan ekzos kereta.

 

Dua anak yang lebih dewasa ditembak mati manakala isterinya ditembak dan dikelar di rumah mereka di pinggir Detroit.

 

Tambah laporan AP, lelaki yang mana namanya tidak didedahkan itu, menelefon 911 awal pagi ini dan mengaku membunuh keluarganya, kata Leftenan Polis di sini Michael Krause kepada The Associated Press.

 

Pegawai polis menemui lelaki terbabit di anjung dan membawanya untuk ditahan, kata Krause menambah, dia akan berdepan dakwaan beberapa hari lagi.

 

Krause berkata, “berlaku pertelingkahan domestik” yang menjurus kepada pembunuhan terbabit.

 

Krause berkata, kereta di mana anak lelaki terbabit, kanak-kanak perempuan empat tahun dan budak lelaki enam tahun dilemaskan, diletakkan di luar rumah itu dan mempunyai hos dari ekzos ke dalam kenderaannya.

 

Polis menemui kanak-kanak lain di lantai rumah dan melakukan CPR. Malangnya mangsa tidak dapat diselamatkan setibanya di hospital.

 

Di bahagian bawah tanah rumah itu, polis menemui mayat remaja perempuan 17 tahun dan lelaki berusia 19 tahun bersama ibu mereka, yang ditembak dan dikelar.

 

Polis berkata, wanita itu yang mana usianya tidak dikenal pasti kini dalam keadaan kritikal. Mangsa bukan ibu biologi kepada dua kanak-kanak kecil.

 

Datuk Bandar Dan Paletko, bercakap berhampiran rumah mangsa, menggelar pembunuhan itu sebagai “satu tragedi.”

 

Jiran menggambarkan keluarga berkenaan sebagai pendiam dan kuat bekerja.

 

“Hanya dua atau tiga minggu lalu, mereka mengadakan parti hari lahir, dipenuhi belon dan banyak perhiasan di luar,” kata Ronnie Jones saluran WXYZ-TV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.