Atikah Nafi Dirinya Dalam Foto Bogel Yang Tersebar

KUALA LUMPUR – Atikah Suhaime menegaskan bukan beliau wanita tidak berbaju dalam foto intim bersama lelaki mirip seorang pelakon.

 

“Tidak,” jawab pelakon kelahiran Singapura itu ringkas apabila ditanya bertubi-tubi ketika ditemui pada majlis pratayang filem seram Volkswagen Kuning di sini malam ini.

 

Ketika beliau disoal lagi kenapa tiada aduan polis dibuat setakat ini, pemilik syarikat penaung artis ini MiG Pictures tiba-tiba mencelah.

 

“Laporan polis pengurusan yang akan uruskan,” kata David Teo.

 

Atikah bagaimanapun mengakui tidak melihat sendiri gambar tersebut, yang disebarkan di sebuah forum Internet menjelang sambutan Aidiladha minggu lalu.

 

“Saya tidak tengok gambar itu tetapi emak saya ada tengok gambar tersebut dan dia suruh saya bersabar. Hal ini di luar jangkaan saya tapi begitulah skrip kehidupan saya, jadi saya sentiasa bersedia,” katanya.

 

Atikah juga berkata beliau tidak dapat memberikan ulasan terperinci kerana MiG Pictures sedang mengumpulkan maklumat.

 

David sebelum ini dilaporkan ingin mencari dalang yang menyebarkan foto-foto tersebut.

 

“Saya hendak jaga perasaan orang sebab kontroversi ini bukan melibatkan saya seorang sahaja tetapi beberapa individu,” kata wanita itu.

 

Ditanya hati siapa yang hendak dijaganya, Atikah tergelak sambil menjawab, “hati siapa-siapalah.”

 

“Untuk kenyataan rasmi, saya serahkan kepada pihak pengurusan. Saya minta maaf, saya tidak boleh cakap apa-apa,” tambahnya.

 

Pernah berdepan dengan kontroversi video seks dengan dua pelakon lelaki tahun lalu, Atikah yang menafikan isu tersebut waktu itu berkata beliau tidak terkejut dengan foto tersebut.

 

“Saya rasa ini kali kedua, jadi saya tidak terkejut kalau ada kontroversi yang seterus-seterusnya. Saya rasa benda ini normal. Mungkin sebab saya sudah tengok artis lain terkena macam itu,” katanya.

 

Ditanya sama ada mengesyaki sesiapa yang terlibat menyebarkan gambar intim itu, pelakon berusia 25 tahun itu berkata: “Susah hendak cakap [siapa] sebab saya baik dengan semua orang.”

 

Tambahnya, kontroversi terbaru ini tidak sama sekali memutuskan semangatnya untuk terus berlakon.

 

“Saya datang ke sini (Malaysia) sebab saya memang hendak jadi pelakon. Jadi saya tidak akan mengalah. Saya akan fokus kepada lakonan dan akan cuba untuk tingkatkan mutu lakonan saya,” kata Atikah lagi.

 

Foto yang tidak diketahui tarikhnya memaparkan dengan jelas muka pasangan yang memandang ke arah kamera. Tidak dapat dipastikan sama ada ia foto selfie atau daripada video mereka.

 

Manakala sekeping lagi gambar menunjukkan lelaki berkenaan tidak berbaju dan hanya bertopi sambil memeluk wanita tersebut, yang berbaju biru, dari belakang.

 

Foto-foto intim di forum atas talian itu kemudian dilaporkan oleh blog hiburan sehari sebelum umat Islam menyambut Aidiladha, 12 September lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.