Angelina Jolie Failkan Penceraian Ke Atas Brad Pitt

NEW YORK – Pelakon popular Hollywood, Angelina Jolie dilaporkan telah memfailkan penceraiannya ke atas suaminya yang juga pelakon popular, Brad Pitt.

 

Pasangan tersebut didakwa telah bercerai pada 15 September lalu setelah berkahwin selama 2 tahun 1 bulan pada Ogos 2014.

 

Dalam pada itu, Jolie yg terkenal dengan lakonannya dalam Tom Rider meminta hak penjagaan ke atas anak-anaknya daripada mahkamah dan membenarkan bekas suaminya untuk melawat.

 

Selain itu, beliau turut meminta segala perhiasan dan barangan peribadi serta apa-apa pendapatan daripada selepas tarikh perpisahan mereka dan aset berasingan lain yang akan ditentukan kemudian.

 

Dalam pada itu, Brad Pitt meluahkan kesedihannya namun menganggap kepentingan anak-anak perlu diutamakan.

 

“Saya amat sedih pada masa ini, namun apa yang lebih kesejahteraan anak-anak,” katanya.

 

Beliau juga turut meminta agar media memberi mereka ruang dalam menghadapi masa sukar ini.

 

“Saya dengan ini meminta media agar memberi ruang kepada keluarganya dalam menghadapi masa-masa sukar ini,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.