Marion Cotillard Punca Brad Pitt Dan Angelina Jolie Bercerai?

Tindakan selebriti Angelina Jolie yang memfailkan cerai ke atas Brad Pitt nyata mengejutkan ramai, bukan sahaja peminat mereka malahan selebriti Hollywood lain.

 

Perpisahan itu dikatakan ada kaitan dengan pelakon Marion Cotillard yang membintangi filem terbaru bersama Pitt iaitu Allied.

 

Jolie didakwa terlalu cemburukan Cotillard hinggakan dia enggan bercakap dengan pelakon dari Perancis itu ketika mereka bertemu di set penggambaran Allied, yang dibintangi oleh suaminya.

 

“Angelina langsung tidak mempedulikan Marion dan apabila Marion cuba bercakap dengannya, dia memalingkan wajah ke arah lain.

 

`”Marian sangat kecewa, dia beranggapan akan bertemu dengan duta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) (Jolie) yang hebat namun ternyata ia salah sebaliknya Angelina enggan bercakap dengannya disebabkan cemburu,” kata satu sumber.

 

Sumber berkenaan yang dipetik dari Daily Selebrity turut memberitahu bahawa khabar angin mengenai hubungan antara Pitt dengan Cotillard adalah 100 peratus tidak benar kerana Cotillard kini bersama dengan aktor dan penulis Guillaume Canet, 43, sejak 2007.

 

Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun, Marcel.

 

Dalam pada itu, Pitt dalam satu kenyataan memberitahu dia amat sedih dengan keadaan berkenaan namun apa yang paling penting sekarang ialah anak-anaknya. Pitt juga meminta media memberikan ruang kepada mereka sekeluarga pada saat sukar itu.

 

Sementara bekas isteri Pitt, Jennifer Aniston menganggap perceraian antara Pitt dan Jolie sebagai karma selepas Pitt meninggalkannya semata-mata memburu Jolie pada 2005.

 

Aniston dan Pitt berkahwin pada 2000 dan bercerai pada 2005. Meskipun Jennifer telah berkahwin dengan aktor Justin Theroux namun perkahwinannya dengan Pitt dulu masih menjadi subjek yang menarik untuk diperkatakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.