Pesawat Mendarat Cemas, Hanya Kerana Anjing

Seorang juruterbang Air Canada telah dijulang wira selepas dia mendaratkan pesawat yang dikendalikan semata-mata bertujuan untuk menyelamatkan nyawa seekor anjing di pesawat itu.

 

Pendaratan kecemasan ini terpaksa dilakukan berikutan terdapat masalah dengan sistem pemanasan di bahagian kargo di mana Simba, seekor anjing Bulldog Perancis, telah menaiki penerbangan dari Tel Aviv ke Toronto.

 

Setelah bertemu semula dengan tuannya di Lapangan Terbang Pearson, pemilik anjing tersebut ternyata terharu dengan tindakan juruterbang terbabit.

 

“Ia anjing saya, ia seperti anak saya. Saya menyayangi melebihi segala-galanya,” katanya kepada City News yang dipetik daripada Metro.uk.

 

Suhu di Lautan Atlantik menurun kepada serendah -60 °C di luar dan mencecah di bawah sifar di bahagian kargo pesawat terbabit.

 

Jadi, daripada membahayakan nyawa anjing tersebut, juruterbang mengambil keputusan untuk mendarat di Frankfurt, Jerman, di mana Simba telah dimasukkan ke pesawat lain.

 

Pendaratan yang luar jangkaan itu menyebabkan penerbangan tersebut ditangguhkan kira-kira satu jam 15 minit dengan kos sekitar $10,000 yang melibatkan bahan api dan yuran pendaratan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.