SPMU 2023 diadakan 4-6 September — KPM

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2023 akan dilaksanakan pada 4, 5 dan 6 September ini.

Menurut KPM ia melibatkan tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

“Seramai 8,587 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU tahun 2023 di 204 pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan, seramai 1,639 petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Bertulis dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu serta 1,332 petugas peperiksaan untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KPM mengingatkan semua calon peperiksaan SPMU tahun 2023 untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

“Jadual waktu peperiksaan SPMU tahun 2023 boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan lp.moe.gov.my.

“Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan,” katanya.

Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun dari Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian di pautan sppat.moe.gov.my.

“Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPMU tahun 2023,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat