CYBERJAYA – Syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd tampil membantu mangsa banjir di Yan, Kedah dengan menyediakan loji rawatan air mentah mudah alih untuk kemudahan penduduk yang terkesan dengan bencana tersebut.
Kemudahan loji rawatan air tersebut mampu membekalkan air bersih kepada 4,000 hingga 5,000 penduduk.
Menurut Pengurus Besar Kanan Ranhill SAJ Sdn Bhd, Muhammad Faisal Aliar loji mudah alih itu ditempatkan di pusat rekreasi Titi Hayun dengan keupayaan memproses 120,000 liter air sehari dan mula beroperasi semalam.
Pengampilan air mentah untuk diproses turut mendapat kelulusan Jabatan Kesihatan Kedah.
“Kami bersama YB Suraya selaku Exco Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air telah berbincang dan membuat kerjasama antara pihak Ranhill dengan Syarikat Air Darul Aman (SADA).
“Kami akan memproses air sungai di Titi Hayun dan menyerahkan air (yang diproses) kepada pihak SADA untuk diagihkan kepada penduduk-penduduk yang terlibat,” katanya.