Netizen Tersentuh Teguran Ibu Aliff Syukri Berkaitan Video Tarian Bersama Sajat dan Lucinta

PETALING JAYA – Benarlah kata pepatah kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada tandingannya.

Selepas Wardina Safiyyah, ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Rozita Ibrahim menegur anaknya itu susulan tindakannya memuatnaik video tarian yang dianggap keterlaluan dan menjijikan.

Rozita yang mesra disapa bonda menasihati Aliff Syukri supaya tidak bersekongkol dengan golongan fasik.

“Mak tegur Kri tak dengar. Wardina tegur Kri siap post komennya. Kalau mak tegur Kri delete. Mak dan semua orang sayang Kri… Kri insan baik.

“Jangan dekati… kawan dan bantu golongan fasik murka Allah. Jangan dijemput mereka. Kalau kita bantu maksudnya dosa dan bala sama kita akan terima… ada hadisnya,” komen Rozita dalam status posting di Instagram anaknya itu.

Rozita yang juga pengasas Sendayu Tinggi turut memohon maaf kepada anaknya itu di atas komen yang diberikan menerusi media sosial itu.

“Maaf beribu-ribu maaf atas komen ini. Mak tak nak bala datang kepada keluarga takut dosa dan bala itu datang kepada keluarga kita.

“Jauhi mereka… wahai anakku yang baik budi, bijaksanalah wahai anakku,” katanya.

Komen tersebut mendapat sebanyak 14, 784 tanda suka oleh pengikutnya di Instagram.

Rata-rata netizen menyatakan rasa sebak dan bersetuju dengan teguran Rozita terhadap anaknya itu.

Nurfahany berkata:”Sedihnya membaca komen seorang ibu… moga di hari mulia ini Allah makbulkan doa bonda.”

Razziahkhan berkata:”@bondarozitaibrahim baiknya bahasa seorang ibu. Semoga Allah memelihara dan merahmati keluarga bonda semuanya. Amin.”

Lisasweet4773 berkata:”@bondarozitaibrahim ya Allah untungnya dapat ibu yang boleh nasihatkan anak… lembut tanpa ada kasar bahasa. Terimalah teguran dari ibu. Sebaik-baik teguran dan nasihat adalah dari insan yang bernama ibu.

Terdahulu, Aliff Syukir dikecam netizen gara-gara memuatnaik tarian untuk lagu terbaharunya, Semalam Bobo Dimana yang dianggap tidak menghormati sambutan Aidiladha, Rabu ini.

Lagu Semalam Bobo Dimana merupakan nyanyian penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna yang berkolaborasi dengan Aliff Syukri dan seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Antara babak tarian dalam video yang dimuatnaik Aliff Syukri di Instagramnya.

Video berdurasi 34 saat yang dimuatnaik di Instagram Aliff Syukri dua hari lalu memaparkan, usahawan kosmetik itu bersama dengan Lucinta dan Sajat menyanyi sambil menari mengikut rentak lagu dangdut tersebut.

Namun tarian itu agak keterlaluan apabila Lucinta dan Sajat tampil berpakaian seksi sambil menggoyangkan buah dada mereka.

Dalam posting terbaharu di Instagramnya, Aliff turut berterima kasih di atas teguran Wardina terhadap video tarian yang dimuatnaiknya tiga hari lalu.

Bagaimanapun, Aliff berkata beliau berbuat demikian atas tuntutan kerja.

“Terima kasih Kak Dina… terima kasih atas teguran dan kasih sayang Kak Dina kepada saya dan isteri.

“Ya saya akui kesilapan saya dan apa yang Kak Dina cakap itu saya terima cuma saya buat atas tuntutan kerja yang telah termaktub dalam kontrak,” katanya.

Aliff Syukri turut memadam video tarian tersebut selepas dikecam netizen. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.