Video : Kita Tak Boleh Terima Parti Bersatu Dibubar Kata Tun M

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia menggesa Pendaftar Pertubuhan (RoS) mempercepatkan kelulusan permohonan agar parti itu segera dapat perjuangkan hak rakyat.

 

Penasihatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya tidak boleh terima sekiranya parti itu akan terkubur begitu sahaja.

 

“Kita bersedia mendengar daripada RoS, kita belum didaftar sebagai parti politik.

 

“Tapi kita tidak boleh terima digugurkan parti (oleh RoS),”katanya di sidang media pertama Bersatu di Pusat Alumni Universiti Malaysa,tengahari tadi.

 

Tun Mahathir berkata, banyak pihak yang meminta untuk menjadi ahli parti itu namun terpaksa di tangguhkan kerana belum mendapat kelulusan daripada RoS sebagai sebuah parti di negara ini.

 

“Sejak ditubuhkan banyak soalan yang diterima ada juga yang buat permohonan secara persendirian. tapi kita tak boleh terima,”katanya.

 

Pada 14 Julai lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau berhasrat menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

 

Terdahulu, Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan permohonan penubuhan parti baharu.

 

Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri, memberi jaminan bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya untuk meluluskan sebarang pendaftaran parti politik yang baharu di negara ini.

 

Tetapi kelulusan akan diberi sekiranya ia memenuhi syarat yang ditetapkan.-SuaraTV

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.