PM Australia Dikritik Sedekah RM15.30

SYDNEY – Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull menerima pelbagai kritikan selepas hanya memberi A$5 (RM15.30) kepada seorang pengemis di tepi jalan di Melbourne, semalam.

 

 

Dalam perjalanan untuk menyampaikan ucapan mengenai ekonomi, Turnbull berhenti untuk bersalam dengan lelaki itu dan memasukkan wang ke dalam cawan kopi.

 

 

Bagaimanapun, kemurahan hatinya bertukar menjadi perbualan ramai dalam media sosial. Mereka mengkritiknya daripada pelbagai sudut.

 

 

Ada yang menganggapnya kedekut kerana hanya menderma sebanyak itu, sedangkan beliau kaya raya.

 

 

Akhbar Daily Mail Australia menggelarkan beliau ‘Mal tangkai jering.’ Malah, beliau juga dikritik kerana hanya menderma.

 

 

Datuk Bandar Melbourne, Robert Doyle, berkata peminta sedekah hanya akan menggunakan wang itu untuk menagih dadah dan menjadikan mereka semakin miskin.

 

 

Sebaliknya, beliau mencadangkan Turnbull menderma wang itu kepada badan kebajikan. Sementara itu, ada yang menuduh beliau berpura-pura pemurah di depan kamera.

 

 

Ketika menjawab kritikan berkenaan kepada Stesen Radio Melbourne, Turnbull berkata:

 

 

“Itu reaksi sebagai manusia dan saya minta maaf jika ada pihak yang kecewa.” – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.