Ziana Akui Insiden Mikrofon ‘Terbang’ Memang Kelakar

PENYANYI bersuara tinggi, Ziana Zain menyifatkan kejadian mikrofonnya ‘terbang’ ketika membuat persembahan sebagai sesuatu yang kelakar sepanjang kerjayanya.

 

“Rasa kelakar pula. Semua sebab losyen tangan. Pada penghujung nyanyian saya mahu mengangkat tangan, tetapi mikrofon pula yang terpelanting.

 

“Selamat saya tidak jatuh. Tetapi ketika kejadian, semua orang berdiri dan bersorak. Tetapi itulah, pakai losyen atau tidak, jika sesuatu nak terjadi, ia tetap akan terjadi,” katanya.

 

Beberapa hari lepas, video mikrofon  Ziana Zain ‘terbang’ ketika membuat persembahan di Kuala Lumpur Fashion Week 2015 (KLFW2015) mencuri perhatian netizen.

 

Namun sikap profesional Ziana dalam menangani insiden yang memalukan itu mendapat pujian.

 

“Perkara seperti itu biasa terjadi kepada sesiapa pun. Jadi sekiranya ada penyanyi berhadapan dengan situasi di luar jangkaan seperti ini, tidak perlu gusar.

 

“Sebaliknya bersikap yakin di atas pentas sehinggalah habis persembahan,” katanya dipetik portal berita tempatan. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.