Video: ‘Peserta Bersih 4.0 Dibayar RM300, Dana Dari Sumber Yahudi’

Kuala Lumpur – Pengerusi Berish 4.0 Cintakan Keamanan, Datuk Jamal Md Yunos menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan mengenai sumber dana yang diterima penganjur himpunan Bersih 4.0.

 

Bercakap kepada pemberita petang tadi, Jamal mendakwa mempunyai bukti berhubung dakwaan para peserta himpunan pada hujung bulan ini menerima bayaran sebanyak RM300 seorang.

 

 

“Saya hari ini datang membuat laporan berhubung maklumat yang saya terima bahawa mereka yang menyertai himpunan  Bersih 4.0 hujung bulan ini dibayar RM300 seorang dan rata-rata telah diberi duit pendahuluan sebanyak RM100.

 

” (Mengikut maklumat) peserta akan dibayar RM100 sebagai pendahuluan dan apabila mereka hadir pada 29 Ogos ini akan diberikan lagi duit sebanyak RM100 dan ketika mereka pulang akan diberikan baki duit sebaanyak RM100″ katanya ketika ditemui sejurus selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Dang Wangi, petang tadi, Jumaat.

 

Jamal yang juga merupakan Ketua UMNO Sungai Besar itu mendakwa kos penganjuran himpunan yang akan diadakan itu melebihi RM30 juta.

 

“Setiap 100 orang peserta Bersih, mereka akan dijaga oleh seorang kapten yang ditugaskan untuk memantau kehadiran kerana setiap penerima duit perlu menunggu sehingga 32 jam di Dataran Merdeka.

 

“Kalau 100 orang hadir jumlah (dana yang diperuntukkan) melebih RM 30 juta tidak termasuk kos pengangkutan, makan dan minum. Setiap peserta akan diberikan 2 helai baju t-shirt dengan makan sebanyak empat kali sehari” katanya lagi.

 

Jamal yang mempertikai sumber dana yang diterima oleh penganjur Bersih 4.0 itu sambil tidak menolak kemungkinan ia diterima dari sumber asing.

 

“Oleh itu saya ingin persoalkan sumber dana sebanyak itu untuk mnganjurkan perhimpunan tersebut.

 

“Mungkinkah dana itu diterima dari luar negara, Israel George Soros ataupun mungkin juga (dana tersebut) diterima dari kerajaan negeri Selangor yang ketika ini sedang hangat diperkatakan berhubung pemindahan wang (kerajaan negeri) sebanyak RM7.65 billion” ujarnya pula. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.