Video: Pemilihan MIC, Penyokong Subramaniam, Palanivel Bergaduh

Kuala Lumpur – Satu pergaduhan antara penyokong MIC tercetus pada pukul 4 petang ini di bangunan ibu pejabat parti itu di Jalan Rahmat di sini.

 

Kumpulan sebanyak 500 orang itu terbahagi kepada penyokong Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Datuk Seri G. Palanivel yang hadir sempena penamaan calon bagi pemilihan jawatan Presiden MIC yang baharu.

 

Huru hara yang tercetus itu menyebabkan beberapa orang mengalami kecederaan dan pendarahan pada di muka.

 

 

Insiden tersebut tercetus sebaik sahaja pintu pagar ibu pejabat parti itu ditutup.

 

Batu, botol, batu bata dan kayu dilemparkan dari kedua-dua kumpulan terbabit ke arah pintu pagar sehingga terkena orang ramai, bangunan dan kereta.

 

Polis Bantuan Persekutuan (FRU) yang tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian berjaya mengawal keadaan.

 

Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim MIC 2009 pada 24 Julai lalu, memutuskan pencalonan presiden akan diadakan hari ini manakala pilihan raya dijadual pada 6 September depan.

 

 

MIC menjadi berita utama akhir-akhir ini berikutan pertelingkahan berterusan antara kedua-dua kem sehingga memecahkan parti kepada dua bahagian, satu diketuai bekas Presiden Parti, Datuk Seri G Palanivel dan satu lagi diketuai pemangku Presiden, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

 

Keadaan semakin memuncak apabila Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengeluarkan notis pada 5 Disember tahun lalu, meminta parti terbabit mengadakan pemilihan semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.