Video: NGO Desak SPRM Siasat DEIG Hingga Lubang Cacing

Putrajaya – Presiden Pertubuhan Sosial dan Minda Prihatin (PSMP), Ramesh Rao mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menjalankan siasatan berhubung tindakan langkah Kerajaan PKR Selangor me­nubuhkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

 

Ramesh ketika bercakap kepada pemberita turut mempersoalkan kehilangan dana penstrukturan air sebanyak RM 7.6 billion.

 

 

Kita minta SPRM (siasat) penubuhan DEIG, apakah ia ditubuhkan melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri (atau) melalui sidang DUN Selangor? Ini kerana sekiranya (kerajaan negeri) ingin mengusulkan sesuatu ia perlu dibuat melalui mesyuarat DUN dan perlu dipersetujui melalaui mesyuarat kerajaan negeri (kerana)

 

“Kami hendak tahu bagaimana wang (milik kerajaan negeri) sebanyak RM7.6 billion boleh hilang dan atas sebab itu kami memaklumkan kepada pihak SPRM untuk menyiasat dengan kadar segera” katanya sejurus selepas menyerahkan memorandum di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, sebentar tadi, Khamis.

 

Ramesh turut memberikan tempoh selama empat belas hari kepada SPRM untuk memberikan jawapan berhubung hasil siasatan yang dijalankan itu.

 

“Kami betul-betul menuntut SPRM untuk siasat (isu ini) sehingga ke lubang cacing tanpa memberikan sebarang alasan.

 

“SPRM juga diminta untuk memberikan jawapan yang betul dalam empat belas” katanya lagi.

 

Terdahulu mantan menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mempertikaikan kos pengambilan dan penstrukturan industri air sebanyak RM 9.65 billion berbanding laporan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri sebanyak RM 2.00 Billion.

 

Khalid ketika sidang DUN baru-baru ini mempersoalkan ke mana hilangnya RM 7.65 Billion.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.