Tentera Korea Utara Diarah Bersedia Untuk Peperangan

SEOUL – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, mengarahkan pasukan tentera di barisan hadapan supaya bersiap sedia untuk berperang ketika ketegangan ketenteraan dengan Korea Selatan meningkat susulan insiden berbalas tembakan artileri merentasi sempadan bersama, menurut agensi berita Korea Utara, KCNA.

 

“Kim Jong-Un mengeluarkan arahan sebagai ketua turus angkatan tentera supaya unit Tentera Rakyat Korea (KPA) di barisan hadapan bersiap sedia menghadapi peperangan dan melancarkan operasi mengejutkan,” menurut KCNA.

 

Dalam pertemuan itu, Kim mengarahkan barisan hadapan, unit gabungan Tentera Rakyat Korea (KPA) untuk “bersedia berperang” dari Jumaat jam 05:00 (jam 4.00 petang waktu Singapura).

 

Tentera harus “sepenuhnya bersedia untuk melancarkan operasi kejutan” manakala keseluruhan barisan hadapan perlu diletakkan dalam “keadaan separa perang,” menurut kenyataan KCNA.

 

Tidak ada maklum balas segera dari Korea Selatan, tetapi Kementerian Penyatuan mengumumkan bahawa ia telah menyekat akses kepada zon perindustrian bersama Lebuhraya Utara-Selatan di Kaesong.

 

Hanya mereka yang mempunyai urusan perniagaan langsung di Kaesong yang terletak 10 kilometer di sempadan berhampiran Korea Utara akan dibenarkan untuk pergi sana, kata jurucakap kementerian. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.