Pyongyang, Seoul Berbalas Serangan Di Sempadan

SEOUL – Kerajaan Korea Utara didakwa melancarkan tindakan provokasi terbaharu dengan membedil unit sempadan di Korea Selatan, menurut media tempatan, semalam.

 

Agensi berita Yonhap melaporkan serangan yang menyasarkan tentera di sepanjang sempadan barat itu berlaku kira-kira jam 4 pagi (waktu tempatan).

 

“Bagaimanapun, bedilan yang disasarkan ke atas pembesar suara di sempadan itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan yang besar malah Korea Selatan turut melancarkan serangan balas,” jelas laporan itu lagi.

 

Difahamkan, kedua-dua negara itu melancarkan ‘perang propaganda pembesar suara’ di sepanjang sempadan pada minggu lalu bertujuan untuk menyampaikan mesej provokasi. – yonhapnews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.