Permaisuri Johor Mahu Bantu, Warga Malaysia Di UK

Kuala Lumpur – Kejatuhan matawang Ringgit mendapat perhatian Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah.

 

Dalam status yang dimuat naik di laman Facebook, Baginda khuatir dengan nasib rakyat Malaysia yang menyambung pelajaran di luar negara seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat.

 

“Berapa banyak baki yang tinggal untuk membeli makanan selepas mereka membayar sewa dan perbelanjaan harian?

 

“Berapa banyak ibu bapa boleh hantar kepada mereka? soal Baginda.

 

Berikutan kejatuhan matawang Ringgit, Baginda yang kebetulan bercuti di United Kingdom menawarkan diri untuk membantu warga negara ini yang tinggal atau menyambung pelajaran di negara itu.

 

“Kepada rakyat Malaysia yang tinggal atau belajar di UK, sila maklumkan saya bagaimana boleh saya tolong,” tulis Baginda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.