Penubuhan DEIG Sangat Meragukan

SHAH ALAM – Setiausaha Adun BN Selangor, YB Budiman Mohd Zohdi menegaskan penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang diletakkan dibawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) adalah sangat meragukan.

 

Beliau berkata, jika dilihat secara kasar penubuhan entiti pelaburan ini dilihat sama seperti penubuhan syarikat lain yang mana tertakluk di bawah Akta Syarikat 1967. Namun penubuhan DEIG dibawah akta itu menjadikan entiti tersebut menikmati status bebas daripada diaudit oleh mana-mana pihak termasuklah membentangkan kedudukannya untuk dibincangkan di peringkat Dun Selangor.

 

“Seolah-olah penuh dengan agenda tersirat, kewujudan DEIG itu sendiri mencetuskan seribu persoalan dari segi keperluan sebenar penubuhannya sama ada untuk meningkatkan prestasi pelabiran negeri atau hanya untuk kepentingan pihak tertentu semata-mata.

 

“Ini jelas menunjukkan kewujudan DEIG mencetuskan persoalan dan kebimbangan,” katanya.

 

Beliau turut menyoal mengapa DEIG ditubuhkan di bawah akta syarikat 1967 dan diletakkan dibawah MBI yang diwujudkan di bawah enakmen Menteri Besar Selangor pada 21 September 1994. Katanya lagi, perbezaan ini akan menjadikan DEIG sebagai sebuah syarikat seakan-akan invisible yang mana akaun syarikat tidak perlu diaudit dan diserah laporan kedudukan kewangan termasuk aktiviti mereka kepada kerajaan negeri.

 

“Keadaan itu sudah tentunya akan menyebabkan DEIG terdedah kepada percanggahan dan penyalahgunaan kuasa dari segi ketelusan maklumat mengenai kewangan khususnya.

 

” Secara amnya selain tiada pemantauan boleh dilakukan terhadap aktiviti syatikat itu dalam menandatangani sesuatu kontrak atau atas nama usaha pelaburan,” katanya.

 

Soalnya lagi, jika benar maklumat yang diterima Menteri Besar Selangor merupakan merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah MBI dan juga DEIG. Persoalan yang timbul seterusnya adakah DEIG sudah menjadi anak syarikat MBI?

 

Menurut Budiman, penubuhan DEIG secara langsung dilihat akan mengurangkan peranan utama MBI dalam tanggungjawab urustadbir harta dan aktiviti berunsurkan perniagaan yang di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

 

“Sepatutnya kerajaan negeri memperkukuh dan memperkasakan ‘vehicle’ sedia ada (MBI) dalam soal pengurusan pelaburan,” katanya yang
turut melihat kekeliruan dan sedikit sebanyak pertindihan hak dan tanggungjawab dengan peranan Invest Selangor Berhad (sebelum ini SSIC) dalam usaha mempromosi serta bantuan teknikal melibatkan aktiviti pelaburan di negeri ini.

 

Katanya, kewujudan DEIG sudah tentunya memerlukan pertambahan kos dalam menampung operasi entiti itu (capital expenditure) yang sedikit sebanyak mempengaruhi kedudukan kewangan MBI.

 

Beliau turut menegaskan, cadangan pemindahan asset MBI berjumlah sekitar RM6.3 bilion kepada DEIG turut mengundang kepada kos dan risiko yang amat tinggi sama ada berpunca daripada faktor ketidaktentuan pasaran atau terdedah kepada salahlaku aktiviti pelaburan dan perdagangan kerana tiadanya pemantauan yang khusus boleh dibuat ke atas syarikat itu.

 

“Sekiranya akiviti pelaburan dan perdagangan tersebut memerlukan DEIG membuat pinjaman, sekiranya prestasi pelaburan yang dijalankan berhadapan dengan risiko ketidaktentuan pasaran satu sebagainya, maka ia akan mempengaruhi kadar hutang yang ditanggung oleh entiti itu.

 

“Malah, keadaan tersebut dibimbangi akan melibatkan campur tangan daripada MBI atau kerajaan negeri termasuklah kemungkinan berlaku penjualan aset milik MBI atau milik anak- anak syarikat lain bagi menampung liabiliti tersebut. Hal ini akan selanjutnya melibatkan kehilangan aset milik MBI kerana terdedah dengan pendedahan kewangan yang tidak perlu (unnecessary financial exposures),” katanya.

 

Selain itu menurutnya, penubuhan DEIG juga dilihat merencatkan persaingan sihat di antara anak-anak syarikat kerajaan negeri ekoran pelaksanaan konsolidasi pelaburan yang diletakkan di bawah DEIG sekaligus menjadikan entity itu bersifat hegemoni dalam aktiviti pelaburan anak-anak syarikat milik negeri.

 

“Bagaimanakah status aset, sekiranya semua aset MBI berpindah dan diurus oleh DEIG (Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965) dan kemudian sesuatu di luar jangka berlaku seperti pertukaran kerajaan dan DEIG pula membuat resolusi tiada kaitan dengan MBI. Jika status DEIG berterusan seperti yang sedia ada tertera didalam rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, maka sudah tentu DEIG boleh cuci tangan dan mendapat aset MBI tanpa perlu usaha yang keras,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.