Lelaki Kecewa Dituduh Menipu

Kuantan – Seorang pelayan restoran dakwa ditipu seorang ejen pelaburan emas di Taiwan sehingga menyebabkannya menjadi mangsa ugutan jenayah pelabur yang dikendalikan.

 

Heng Li Fei berkata, 19 pelabur yang berada di bawah kelolaannya yang diperoleh dari aplikasi Wechat memaksa dia membayar wang mereka sejumlah RM69,936.85 hasil daripada pelaburan berkenaan.

 

“Bukan mereka sahaja yang menjadi mangsa, saya juga turut ditipu ejen itu yang melarikan diri… semua wang yang dilaburkan lesap dan terpaksa berdepan dengan masalah ini,” katanya ketika ditemui di Pejabat Adun Semambu di sini, semalam.

 

Lelaki berusia 26 tahun memberitahu 19 pelabur yang dikendalikan olehnya mengugut untuk membuat laporan polis di Bukit Aman sekiranya dia enggan memulangkan semua wang mereka.

 

Malah katanya, pelabur tersebut turut mendakwa akan menyebarkan perkara ini kepada pihak media dan melalui laman sosial Facebook untuk memalukannya.

 

“Bukan itu saya, mereka juga mengugut saya akan menggunakan kekerasan jika saya tidak dapat memulangkan wang mereka.

 

“Saya juga difitnah sebagai penipu di sebuah laman web sedangkan saya tidak pernah menipu wang mereka,” katanya.

 

Li Fei berkata, dia terpaksa membuat laporan polis kerana merasakan keselamatannya diancam 19 pelabur tersebut disebabkan dia tidak mampu untuk melunaskan semua bayaran berkenaan.

 

Lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Kuantan semalam bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan melindunginya sekiranya berlakunya perkara tidak dingini.

 

Sebelum itu, Li Fei memaklumkan, dia pernah menyertai skim pelaburan emas ini daripada seorang rakan dikenalinya di sebuah laman sosial dan dia turut menyertai skim tersebut dengan memasukkan wang RM2,088 melalui pertukaran wang asing di Kuala Lumpur.

 

“Setelah hampir sebulan saya melabur, saya mendapat keuntungan RM1,500 daripada wang yang dilaburkan itu yang dimasukkan terus ke dalam akuan saya.

 

“Saya mula percaya dengan pelaburan emas dari Taiwan ini selepas mendapat pulangan, namun saya tidak mencari pelabur sehingga diperkenalkan agen itu untuk membolehkan saya menjadi ejen,” katanya.

 

Tambahnya, selepas itu, 19 pelabur berkenaan telah masukkan wang ke dalam akuan sejumlah RM7,510 dan Li Fei terus memasukan wang berkenaan melalui pertukaran wang asing di Mid Valley Megamall di Kuala Lumpur.

 

“Saya tidak pernah menyalahgunakan wang mereka, sebaliknya memasukan wang itu kepada ejen tersebut bagi tujuan pelaburan,” katanya.

 

Sementara itu, Adun Semambu, Lee Chean Chung menyeru supaya masyarakat berhati-hati khususnya golongan muda dengan skim cepat kaya yang berbentuk pelaburan seperti ini.

 

“Saya minta individu yang menjadi mangsa penipuan tampil dan membuat laporan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.