Kad Jemputan Palsu Program PM, UMNO Kuala Nerus Buat Laporan Polis

Kuala Lumpur – Umno bahagian Kuala Nerus membuat laporan polis berhubung penyebaran kad jemputan palsu di laman sosial bersempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke daerah ini pada hari Sabtu.

 

Timbalan Ketua Umno bahagian Kuala Nerus, Datuk Basir Ismail yang membuat laporan polis itu berkata bahagian itu tidak terlibat sama sekali dalam penyebaran kad itu.

 

Katanya penyebaran kad itu berniat jahat dan mahu mensabotaj program Najib iaitu pemimpin bersama rakyat dan perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kuala Nerus.

 

Laporan itu dibuat di Balai Polis Gong Badak pada jam 5.15 petang. Turut hadir di balai polis ialah naib ketua bahagian itu Apli Yusof. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.