Hanya Umno Boleh Satukan Melayu – Zahid

Kota Tinggi – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin, hanya Umno boleh menjuarai dan menyatukan orang Melayu, susulan pertemuan beliau dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pagi tadi.

 

“Ini berdasarkan pertemuan dengan Sultan Ibrahim pagi tadi, di mana baginda menyuarakan kebimbangan berhubung perpaduan di kalangan orang Melayu.

 

“Baginda turut mengingatkan saya bahawa Umno ditubuhkan di Johor pada 11 Mei 1946 di Istana Besar,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Kota Tinggi di Dewan Felda Lok Heng, hari ini.

 

Turut hadir pada mesyuarat itu adalah Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.