Gadis Melayu Beri Anak Anjing Minum Susu, Viral Di Media Sosial

Kuala Lumpur – Tindakan dua orang gadis melayu yang memberikan anak anjing minum susu mendapat perhatian netizens dari pelbagai bangsa dan agama.

 

Gambar yang dikongsikan oleh pemilik Facebook, Dato Paramathayalan Naidu menunjukkan gadis itu sedang memberi susu kepada beberapa anak anjing yang masih kecil di dalam kotak sambil melapik tangan menggunakan plastik untuk memegang anjing tersebut.

 

Nilai kemanusiaan yang ditunjukkan oleh mereka sekaligus membuktikan walaupun anjing dikategorikan sebagai najis mughalazzah bagi orang Islam, namun binatang itu tetap makhluk ciptaan Allah dan layak menerima layanan seumpama itu.

 

Perkongsian itu turut menerima pelbagai pujian daripada pengguna media sosial yang memuji sikap penyayang mereka kepada binatang itu walaupun ianya haram di sisi Islam.

 

“Apapun bagi saya sendiri ianya satu tindakan yang patut dicontohi. Saya puji anda. kerana anjing pun makhluk ciptaan tuhan dan kita manusia dilarang sama sekali menganiaya binatang. Tapi apapun yang kita lakukan mestilah berdasarkan niat ikhlas untuk membantu. Hormat pada kamu semua..,” kata salah seorang pengguna Facebook, Balvir Singh Dhaliwal.

 

“Berdasarkan gambar juga dilihat gadis berkenaan memegang haiwan tersebut dengan berlapik di mana tidak bersentuhan terus dengan kulit dan kita tidak tahu mungkin ada sesuatu yang terjadi kepada ibu anak-anak anjing berkenaan menyebabkan kedua-dua gadis ini menyelamatkannya.” komen Siti Aisyah Ibrahim.

 

Perinba Ambika pula meluahkan rasa bersyukurnya dan mendoakan gadis-gadis itu supaya dipanjangkan umur di atas kebaikan yang dilakukan oleh mereka.

Gambar yang menjadi viral di laman sosial itu mendapat perkongsian sebanyak 782 dan sebanyak 1078 likes oleh warga Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.