Bacaan Yasin 58 Jam Tanpa Henti Sempena Kemerdekaan

JEMPOL  – Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting IGCSE (International General Certificate of Secondary Education) mencipta sejarah apabila mengadakan bacaan Yasin selama 58 jam tanpa henti sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-58.

 

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias yang merupakan ketua juri dan menjadi wakil kepada Malaysia Books of Records.

 

Beliau berkata, program selama tiga hari itu bermula 19 Ogos sehingga 21 Ogos melibatkan seramai 308 peserta yang terdiri dari pelajar, guru, ibu bapa serta staf sokongan.

 

“Bacaan yang bermula pada pukul 12.01 pagi Rabu itu berakhir pada hari ini pada pukul 10.01 pagi.

 

“Ini menjadikan program ini satu-satunya bacaan Yasin terpanjang di Malaysia,” katanya ketika mengumumkan pengiktirafan Malaysia Book of Records di program bacaan Yasin 58 jam berterusan untuk negara di Dewan Gemilang MRSM Serting, di sini hari ini.

 

Majlis perasmian program bacaan Yasin 58 jam berterusan itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.