Wak Doyok Bakal Muncul Dalam Drama Bersiri

Kuala Lumpur – Nampaknya rezeki pemilik jenama The Garment, Wak Doyok untuk muncul di kaca televisyen semakin mencurah-curah kini.

Sebelum ini dia pernah muncul sebagai pengacara dalam sebuah program travelog dan juga menjadi tetamu jemputan untuk beberapa program hiburan.

Kali ini, dia menerima pula tawaran berlakon untuk drama bersiri komedi, Small Mission Enterprise (SME) musim ketiga.

“Sebenarnya sudah lama saya menerima tawaran berlakon daripada ramai produser, cuma baru kini sahaja saya berani dan bersedia untuk berlakon.

“Pengalaman berlakon agak mencabar kerana saya perlu menghafal skrip kerana saya seorang yang susah untuk menghafal. Namun dengan bantuan pengarahnya saya berjaya membawakan watak saya dengan cara saya tersendiri.

“Namun, saya bukanlah hendak memilih bidang lakonan sebagai bidang utama, cuma saya hanya ingin jadikan ianya pelaburan di masa akan datang dan seterusnya sekadar memeriahkan industri,” ujarnya menerusi Murai.com.

Kami tak rasa Wak Doyok ada masalah untuk berlakon sebab sebelum ini pun dia pernah dijemput sebagai artis jemputan untuk sebuah program lawak.

Boleh tahan juga lakonannya. Apapun, kita tunggu dan lihat saja kemunculannya menerusi SME bermula 4 September nanti!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.