Video: Kerana Pertahan Kampung, Rakyat Malaysia Syahid Dibumi Syria

Kuala Lumpur – Seorang rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Mat Soh atau Abu Turab dilaporkan terkorban dalam satu pertempuran ketika dia cuba untuk mempertahankan sebuah perkampungan di Syria.

Berita tersebut disampaikan bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Mohd. Lotfi Ariffin menerusi laman Facebooknya.

Menurutnya, dalam pertempuran itu, beliau menyarankan kepada Mat Soh agar berehat terlebih dahulu sementara dia boleh menggantikan tempat Allahyarham yang sedang berada di posisi hadapan.

“Setelah satu jam berbalas tembakan tiba-tiba sebuah kereta kebal melepaskan tembakan dan pelurunya menuju ke arah Allahyarham menyebabkan dia jatuh dan rebah ke bumi,” tulis Lotfi di dalam laman Facebooknya.

Dia mendakwa salah seorang sahabat mereka yang berada berhampiran dengan Mat Soh mendengar Allahyarham mengucapkan kalimah syahadah.

Sementara itu, jurucakap Bukit Aman ketika dihubungi tidak dapat mengesahkan perkara itu dan memberitahu polis sedang menyiasat sama ada berita tersebut sahih atau tidak.

“Kita mengetahui perkara itu dan sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

“Buat masa ini belum ada apa-apa perkembangan berhubung dakwaan rakyat Malaysia yang dikhabarkan terbunuh dalam pertempuran di Syria itu,” ujar jurucakap berkenaan.

Kementerian Luar mengesahkan laporan bahawa seorang rakyat Malaysia terbunuh dan dua lagi cedera ketika terbabit dalam aktiviti militan di Syria, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

“Kementerian kini sedang mengesahkan dakwaan itu dengan pihak berkuasa berkaitan.

“Sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan yang mengamalkan kesederhanaan, pendirian Malaysia adalah sentiasa tidak membiarkan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak, termasuk warganya sendiri,” kata Anifah dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan unsur-unsur ekstremis.

Menurut satu posting oleh Akel Zainal di Facebook, militan Malaysia, yang dikenali sebagai Mat Soh atau Abu Turab, sedang mempertahankan sebuah kampung bernama Syar’aya apabila dia telah dibunuh.

 

Baca : Rakyat Malaysia Maut Dibedil Kereta Kebal Di Syria

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.