Video: Babak Cemas Lelaki Nyaris Dibaham Buaya

Seorang lelaki sempat menyelamatkan diri dan terlepas daripada dibaham seekor buaya.

Rakaman lelaki tersebut dikejar buaya dapat dilihat menerusi video mendebarkan yang dirakam yang menunjukkan lelaki tersebut berenang ke pantai berhampiran setelah menyedari dirinya dikejar haiwan pemangsa yang lapar.

Mereka yang menyaksikan kejadian itu menjerit kepada lelaki itu apabila melihat buaya itu terlalu hampir dengannya.

Namun, hasrat buaya itu untuk membaham mangsanya tidak kesampaian apabila seseorang membaling objek dari jeti.

Percikan air cukup untuk membuatkan buaya tersebut berenang ke arah yang berlainan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.