Saya Akan Mati Tanpa Anak-Anak – Awie

Penyanyi dan pelakon, Awie enggan mengulas lanjut mengenai kemelut rumahtangganya yang kini berada dalam perbicaraan mahkamah. Menurut Awie, dia yang hilang semangat akibat masalah tersebut bangkit demi anak-anaknya.

“Saya akan mati tanpa anak-anak. Mereka merupakan harta dunia dan akhirat saya. Pada mulanya memang saya menolak banyak tawaran tetapi saya bersyukur kerana Tuhan memberi kekuatan untuk saya menghadapi dugaan.

Anak-anak merupakan pembakar semangat untuk saya terus bekerja agar mereka tidak menghadapi kesusahan seperti yang saya hadapi dahulu,” ujar Awie ketika ditemui di majlis sidang media Supermokh Restaging di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut Awie, harta yang dimilikinya sekarang adalah milik anak-anaknya di masa hadapan. Dia juga tidak dapat membayangkan situasi yang mana anak-anaknya tidak membesar di bawah jagaannya.

“Walaupun sibuk dengan latihan serta kerja, saya akan memastikan yang saya ada meluangkan masa dengan anak-anak. Malah tidak lengkap hari saya jika saya tidak mencium pipi anak-anak saya sebelum tidur.

Walaupun kemelut sebegini menimpa saya, namun saya tidak mahu orang ramai kasihan pada saya sebaliknya memberi tawaran kepada saya kerana bakat yang mampu saya berikan,” ujar Awie lagi.

Awie juga tidak menafikan yang susuk tubuhnya semakin susut juga berhubung kait dengan isu yang sedang dihadapinya itu. Tambah Awie, dia kali ini lebih mudah menurunkan berat badan jika dibandingkan dengan teater Supermokh musim pertama.

One thought on “Saya Akan Mati Tanpa Anak-Anak – Awie

  • August 21, 2014 at 2:14 pm
    Permalink

    Alahai…tulah..hidup dah nak sampai 50 tahun tapi tindak tandok perangai..mentah mcam pucuk rebong..Lain Kali bertindak gunakan Fikiran bukan kepala lutut. Kalau dah kamu Jantan tak boleh hidup tanpa anak…Rozana yang mengendong perut selama 9 bulan boleh ke?????pppppppplese lain kali jangan bertindak macam Dunia ni kamu punya seorang.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.