Nombor 5 MU Milik Marcos Rojo

Manchester – Manchester United mengesahkan telah menandatangani pertahanan Sporting Lisbon, Marcos Rojo dengan yuran pemindahan sebanyak £16 juta pada Rabu.

Rojo yang tiba di Manchester pada pagi Rabu dengan impian untuk bermain bersama United telah menandatangani kontrak selama lima tahun selepas lulus ujian perubatan.

Pengendali United, Louis van Gaal mengambil tindakan drastik dengan membawa masuk Rojo selepas skuadnya dimalukan Swansea 2-1 pada Sabtu lalu.

Pemain Argentina berkaki kiri itu diberikan jersi nombor lima yang ditinggalkan pertahanan kental kelab tersebut, Rio Ferdinand.

Persetujuan pembelian Rojo dicapai selepas United mengadakan perbincangan dengan Doyen Sports iaitu syarikat yang mempunyai kepentingan terhadap ekonomi pemain berkenaan.

>Dilahirkan: 20 Mac 1990 (umur 24)

>Warga negara: Argentina (24 kap, 1 gol)

>Posisi: pertehanan tengah/kiri 

>Kelab: Estudiantes (2008-2011), Spartak Moscow (2011-2012), Sporting Lisbon (2012-2014) dan Manchester United (2014-)

>Bermain pada perlawanan akhir Piala Dunia.

>Semasa Piala Dunia, Rojo pernah berlari lebih pantas daripada Arjen Roben.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.