Jenazah Noor Zahidi Tiba Di Pasir Pekan Esok

Kota Bahru – Jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar dijangka tiba di Pasir Pekan, Tumpat malam esok.

Timbalan Ketua UMNO bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa kira-kira jam 9 malam.

Sebelum itu, jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dari Guangzhou, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata proses membawa pulang jenazah dari Pengkalan Chepa ke rumah Allahyarham di Pasir Pekan akan dilakukan pihak tentera.

Noor Zahidi, 57, meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou semalam.

Allahyarham merupakan Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua UMNO bahagian Tumpat selama empat penggal.

 

Baca: ADUN Pengkalan Kubor Meninggal Dunia

 

Baca: Najib Ucap Takziah Pada Keluarga ADUN Pengkalan Kubor

 

Baca: SPR Tetap Tarikh PRK DUN Pengkalan Kubor Selepas Terima Surat Speaker

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.