Acer Iconia Tab 7 Pada RM499 Seunit

Kuala Lumpur – Acer Malaysia minggu ini memperkenalkan Acer Iconia Tab 7, tablet dengan gaya premium dan dilengkapkan fungsi telefon serta sambungan 3G yang dijual pada harga RM499 seunit.

Acer Iconia Tab 7 dipadankan dengan skrin tujuh inci dengan paparan 1024×600 dengan sudut lebar pandangan 140 darjah dan badan tipis 0.89 sentimeter (sm).

Dengan berat hanya 305 gm, Acer Iconia Tab 7 sangat mudah dibawa, selesa diguna dan cukup dengan hanya satu tangan untuk genggaman ketika membuat panggilan telefon.

Tab terbaharu ini memuat turun data dengan pantas hingga 21Mbps untuk membolehkan penggunanya akses masa nyata dengan hal ehwal semasa dan paparan berita di rangkaian sosial pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Acer Iconia Tab 7 dilengkapkan dengan pemproses empat teras bagi membolehkan pelayaran pantas, 16GB ROM yang boleh ditambah menerusi slot kad MicroSD, kamera belakang 2MP dan kamera depan HD dan menggunakan sistem operasi Android 4.2.2 (yang boleh dinaik taraf kepada Android 4.4 Kit Kat).

Turut didatangkan bersama ialah Acer Quick Mode yang membolehkan berbilang aplikasi dilancarkan.

Acer Iconia Tab 7 ketika ini hanya ditawarkan menerusi storekini.com dan setiap pembelian akan menerima sagu hati power bank 2,300mAh, penutup dan pelindung skrin.

Iconia Tab 7 juga boleh didapati di beberapa gedung Tesco terpilih yang menawarkan hadiah termasuk pelindung skrin dan kredit panggilan RM30 Tune Talk bagi setiap pengguna baharu, selagi stok masih ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.