Tidak Boleh Elak Harga Mahal, Era Orang Melayu Bergantung Pada Kerajaan Sudah Berlalu – Khalid Samad

PUTRAJAYA – Harga makanan yang dijual oleh pengusaha trak makanan atau food truck yang dikatakan terlalu mahal tidak boleh dielakkan kerana pengusaha terpaksa menaikkan kos demi menjaga kualiti makanan.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, tidak menjadi masalah sekiranya harga food truck sedikit mahal asalkan makanan dijual itu bersih dan berkualiti.

“Kenaikan harga makanan food truck itu tidak boleh dielakkan kerana peniaga terpaksa naik­kan kos demi menjamin kualiti.

“Namun tidak boleh samakan dengan harga di gerai tepi jalan kerana terdapat di dalam kala­ngan mereka tidak jaga kebersihan walaupun bukan semuanya berbuat demikian,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka #TerlajakRaya anjuran Restoran D’Tandoor di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai kenaikan harga makanan dan minuman oleh segelintir food truck di Kuala Lumpur yang dilihat membebankan orang ramai.

Bagaimanapun, Khalid memaklumkan, pihaknya akan cuba mengawal harga di bawah penyeliaan Kementerian Wilayah.

“Sekiranya pengusaha food truck ini mengikuti program di bawah kementerian, pihak kami memang ada membuat pemantauan harga supaya ia tidak membebankan pembeli.

“Selagi pihak kami boleh ka­wal, kita cuba untuk kawal,” katanya.

Sementara itu, Kha­lid berkata, orang Melayu perlu mengubah pemikiran supaya tidak terlalu bergantung pada kerajaan.

Katanya, mereka dikehendaki menceburi perniagaan se­perti bidang makanan dan minuman untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.

“Bila kita membuat kaji selidik di sekolah, keba­nyakan pelajar ini apabila besar nanti hendak kerja di bawah kerajaan.

“Era kebergantungan kepada kerajaan itu sudah berlalu dan orang Melayu perlu mencari inisiatif lain untuk memajukan diri termasuklah melibatkan diri dalam bidang perniagaan,” katanya. – UTUSAN

4 thoughts on “Tidak Boleh Elak Harga Mahal, Era Orang Melayu Bergantung Pada Kerajaan Sudah Berlalu – Khalid Samad

  • July 22, 2018 at 1:34 am
    Permalink

    Lagi sorang penipu rakyat..
    Gst dah tader..
    Apasal harga naik jugak?

    Reply
  • July 22, 2018 at 6:21 am
    Permalink

    dah menang ego pun tinggi… berani ke cakap macam tu sebelum pru? yg pasti rakyat menunggu perlaksanaan janji manis manifesto kerajaan ph.

    Reply
  • July 23, 2018 at 12:12 pm
    Permalink

    Elakkan makan di luar la.. Byk warga kota suka makan diluar.. Cuba motivasikan diri utk tidak bazirkan duit..peniaga pun tak boleh naik harga kalau takde pembeli.

    Reply
  • July 23, 2018 at 2:51 pm
    Permalink

    Kalau dah buat pembaharuan membantu memajukan sara hidup orang melayu dalam 2 tahun dan nampak kejayaannya boleh cakap sedemikian. Ni x sampai berapa bulan je…. Memerintah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.