Mulai September Cukai Kad Kredit dan Caj Kad Dikuatkuasakan Semula

KUALA LUMPUR – Mulai 1 September ini, semua pengguna kad kredit dan caj kad akan dikenakan semula cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus.

Perkara itu dijelaskan dalam Soalan Lazim (Cukai Perkhidmatan) melalui laman sesawang Kastam.

Soalan itu bertanyakan sama ada pengguna dikenakan bayaran sebanyak RM25 pada 1 September ini ke atas kad kredit atau caj kad.

Menurut kastam, tempoh efektif kad sedia ada tidak akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak RM25 sehingga pembaharuan kad dibuat pada tahunan akan datang.

Semasa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pemegang kad kredit perlu membayar enam peratus ke atas yuran tahunan kad, tetapi cukai perkhidmatan RM50 akan digugurkan.

Pada tahun 2010, pengguna kad kredit dan caj kad dikenakan cukai perkhidmatan RM50 terhadap pemegang kad utama dan RM25 bagi setiap kad tambahan. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.