Warga Emas Sanggup Berjalan Sejauh 60 Kilometer Semata Mata Mahu Jumpa Cucu

GUIZHOU – Tindakan seorang warga emas meredah perjalanan sejauh 60 kilometer di tepi sebuah lebuhraya untuk berjumpa dengan cucunya sangat menyentuh hati.

Laporan Shanghaiist mengatakan lelaki berusia 80-an berkenaan risau terhadap cucunya ‘yang kuat bekerja’.

Beliau membuat keputusan untuk melawat dan memberikan bekalan berupa berpuluh-puluh telur ayam.

Katanya, beliau memulakan perjalanan seawal jam 7 pagi Isnin lepas dan berjaya melalui jarak 60 kilometer selepas 12 jam.

Disebabkan tidak mahu menaiki bas kerana mahu berjimat, beberapa telur yang dibawanya rosak.

Beliau kemudian ditahan polis dan dibawa ke lokasi cucunya tinggal menggunakan kereta peronda.

Cucunya yang langsung tidak menyedari tindakan datuknya terkejut dengan insiden tersebut.

Kata cucu tersebut, dia pasti membantu jika tahu datuknya mahu datang melawat.

Perjalanan yang dibuat kerana kasih sayang tidak berbelah bahagi berkenaan betul-betul menyentuh hati orang ramai.

Kejadian tersebut disiarkan oleh stesen televisyen tempatan, beberapa hari lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.