Video: Viral Janji Karpal Singh Mahu Dakwa Mahathir Jika Pembangkang Menang

Bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, mendiang Karpal Singh pernah berjanji untuk memberkas dan mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya menerusi Pilihan Raya Umum (PRU).

Bercakap ketika DAP masih berada dalam blok pembangkang, Pakatan Rakyat, Karpal memberi amaran kepada Dr Mahathir agar tidak lari jika Barisan Nasional (BN) tumbang.

Beliau berkata demikian selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyampaikan ucapan di Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di Padang Kota, dihadapan lebih 50 ribu hadirin (seperti didakwa DAP).

“Tadi saudara Lim Guan Eng ada menyatakan tadi berkenaan Mokhzani Mahathir, orang yang kaya sekarang. Selepas pilihan raya, selepas Pakatan Rakyat jadi kerajaan di Putrajaya, kawan-kawan, bukan Mokhzani sahaja, Mahathir Mohamad (juga) akan menjawab (mengenai kekayaan luar biasa anaknya),” kata Karpal.

“Mahathir akan menjawab mengenai salahguna kuasa dalam tempoh 22 tahun dia memerintah negara ini.

“… apabila Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan, saya memberi amaran kepada Mahathir Mohamad, jangan lari (ke luar) negara,” tegasnya.

Ucapan Karpal didalam video berdurasi hampir 15 minit itu kembali mengambil tempat di media sosial.

Karpal meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya dan tidak lama kemudian, Pakatan Rakyat juga dibubarkan akibat perbalahan DAP dan PAS.

Kini, DAP bersama serpihan PAS – Parti Amanah Negara (PAN), serta PKR membentuk Pakatan Harapan dan Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan menjadi parti komponen ke-4 Pakatan Harapan.

Setelah Dr Mahathir secara rasmi menentang kerajaan, blok pembangkang kini berdalih daripada hasrat untuk membawa bekas Perdana Menteri itu ke muka pengadilan seperti yang pernah dijanjikan sebelum ini.

Pakatan Harapan menyatakan segala salah laku Dr Mahathir adalah cerita lama dan tidak mempunyai kepentingan untuk disiasat termasuk skandal PKFZ, kerugian forex Bank Negara, kekakyaan luar biasa anaknya, salah guna dana Petronas dan Skandal Bank Bumiputraa.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga mengibaratkan isu forex Bank Negara sebagai bangkai dan tidak lagi bernilai berbanding isu 1MDB yang kononnya telah kehilangan sejumlah besar dana rakyat. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.