Video : Pertandingan Futsal Pembuka Tirai Hari Peneroka Felda 2017

PUTRAJAYA – Pertandingan Futsal 54 parlimen Felda Malaysia, menjadi program pembuka tirai sempena hari Peneroka 2017 yang berlangsung selama 3 hari bermula hari ini.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad berkata, sambutan sangat baik daripada belia Felda yang yang hadir yangmana ia membawa semangat daripada semua warga Felda dari seluruh negara.

“Semangat dari segi parlimen dapat (dilihat) sangat kuat yang daripada seluruh parlimen. Ada yang bawa 2 team. Kita lihat semangat mereka sangat kuat.

“Ahli parlimen pun terlibat sama dan inilah cara kita untuk menggerakkan cara berparlimen dan Felda menyokong setiap parlimen berkenaan,”katanya di temui di Kompleks Sukan Futsal 1 Malaysia, di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, Futsal antara parlimen disamakan dengan sebuah negara yang mempunyai parlimen tetapi mewakili kawasan dan negeri berbeza.

“Jadi acara sukan ini menjadi tarikan. Tak boleh kita buat pertandingan sebegini tak ada acara sukan. Alhamdulillah sambutan semua baik,”katanya.

Laporan menyusul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.