Video : JDT Pun Tak Berjaya Pecah Rekod Anak Felda

PUTRAJAYA – “JDT pun tak berjaya pecah rekod anak Felda,”kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Wira Othman Aziz ketika mengulas mengenai kejayaan anak Felda.

Terdahulu, SuaraTV telah melaporkan kejayaan Ikon Felda ini bersempena sambutan Hari Peneroka peringkat kebangsaan yang bermula hari ini di Dataran Putrajaya.

SuaraTV semalam melaporkan, beliau yang juga merupakan ahli parlimen Jerlun mengakui sebagai anak Felda Lubuk Merbau yang pindah ke tanah rancangan itu pada tahun 1970 banyak cabaran yang sudah dilaluinya.

Malah, beliau sangat berterima kasih kepada Felda yang mendapat bantuan kerajaan selain berkongsi kejayaan beliau sebagai anak Felda yang berjaya.

“Pada tahun 2004 saya menjadi Adun jadi estet Exco jaga sukan bola dan sebagainya. Semua tahu bahawa yang paling berjaya pengurusan bola adalah saya. Dalam sejarah bola sepak negara. Musim 2006/2007 saya memenangi 3 piala (Malaysia Cup, Super Lead dan FA Cup) dan tahun seterusnya 2007/2008 kita mendapat semula piala yang sama,”katanya ketika temubual bersama pemberita di pejabatnya pada Rabu.

Tambahnya, beliau dapat berbuat demikian dan pencapaian itu tidak boleh dibandingkan dengan kejayaan mana-mana pengurusan pasukan bola sepak di Malaysia ini sekalipun jika dibandingkan dengan pasukan JDT.

Katanya ini juga merupakan sumbangannya sebagai anak Felda yang telah mencipta kejayaan dalam sukan bole sepak negara.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.