Video : Ekspresi Felda Sebagai Penghargaan Kepada Warga Felda

PUTRAJAYA – Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia sempena sambutan Hari Peneroka peringkat kebangsaan bermula hari ini di Dataran Putrajaya, sebagai penghargaan kepada warga Felda kata Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Felda, Anuar Malek.

Beliau berkata, daripada awal lagi Felda telah menanamkan satu sikap semangat dan kasih sayang kepada warga Felda melalui aspirasi minda iaitu ‘Saya Sayang Felda, Felda Sayang Saya’, ‘Saya Milik Felda, Felda Milik Saya’.

“Jadi maknanya kita cuba terapkan kasih sayang itu walau di mana sahaja kita berada (generasi kedua, ketiga dan keempat) pasti mereka merasakan mereka sebahagian daripada Felda kalau bajunya berwarna merah tapi darahnya berwarna oren.

“Itu kita cuba terapkan nilai kasih sayang itu kepada seluruh anak-anak generasi Felda. Supaya mereka tahu dari mana asal sejarah usul mereka dapat menyayangi Felda sepenuh hati mereka, kerana Felda ini salah ciptaan daripada kerajaan yang memerintah,”katanya ketika ditemui SuaraTV di Kelab Futsal 1Malaysia di sini, hari ini.

Tambahnya, secara jelasnya program ini diaturkan kepada warga Felda sebagai penghargaan kepada usaha dan tenaga mereka dari mula masuk rancangan dari susah hinggalah kini.

“Kita bawa mereka ke Putrajaya ini dan menggambarkan bahawa Felda dan Putrajaya itu berpisah tiada. Kerana kita sedar bahawa tertubuhnya Felda, adalah disebabkan kerana dilakukan oleh kerajaan.

“Dan dari kerajaan yang diaturkan dimana 60 peratus terdiri daripada generasi baharu dapat rasakan setiap daripada hati itu akan melahirkan rasa sayang kepada Felda biar kita sama-sama meneruskan kesinambungan kejayaan Felda itu,”katanya yang turut mengalukan kehadiran pengunjung ke tapak program yang disediakan dengan pelbagai program dan aktiviti menarik.

Antarannya aktivitinya, jualan murah, pameran serta jualan produk industri kecil dan sederhana, jualan trak makanan, program ‘Meneroka Felda Bersama Upin dan Ipin’ serta kaunter bergerak pelbagai perkhidmatan.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.