Video : Belia Felda Minta Pertandingan Futsal Diteruskan

PUTRAJAYA – Futsal 54 Parlimen yang berlangsung petang tadi menyaksikan 54 Parlimen belia Felda dalam negara yang menyertai pertandingan itu yang diadakan selama 3 hari di Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia sempena sambutan Hari Peneroka peringkat kebangsaan di Dataran Putrajaya.

SuaraTV sempat menemubual beberapa peserta daripada Felda yang mewakili parlimen masing-masing.

Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa keterujaannya mereka apabila dapat bersama-sama menjayakan pertandingan peringkat parlimen selain menyifatkan ia dapat mengeratkan silaturrahim anak Felda di seluruh negara.

“Pertandingan seperti ini wajib diteruskan bagi mencari pelapis-pelapis baru. Sekarang, ranking Malaysia juga semakin meningkat (dalam sukan Futsal). Ia sekali gus memberikan semangat kepada rakyat Malaysia (terutamanya warga Felda) untuk terus beraksi dalam sukan ini,”kata Maslizan Ismail daripada Johor.

Sementara itu, Aris Daudin daripada Perak, turut mempunyai pandangan yang sama agar pertandingan dan program ini berterusan.

Katanya ia sangat bagus kepada belia untuk menonjolkan bakat mereka disamping memberi semangat kepada belia muda yang lain untuk menceburkan diri dalam arena sukan ini.

Dalam pada itu, karnival yang berlangsung selama 3 hari ini turut menyediakan pelbagai aktiviti yang lain seperti jualan murah, pameran serta jualan produk industri kecil dan sederhana, jualan trak makanan, program ‘Meneroka Felda Bersama Upin dan Ipin’ serta kaunter bergerak pelbagai perkhidmatan.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.