Selepas Bertarik Tali, DAP Akhirnya Akur Untuk Mengadakan Pemilihan Semula CEC

Akhirnya DAP akur untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) meskipun sebelum ini Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng pada Rabu, berkeras untuk tidak mengadakan semula pemilihan berkenaan dengan alasan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) RoS adalah berdasarkan berita palsu.

Persetujuan itu dinyatakan oleh Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Teresa Kok yang juga akur dengan arahan RoS supaya menggunakan senarai 2,576 perwakilan yang digunakan pada pemilihan 15 Disember 2012 serta melantik juruaudit bebas untuk memantau dan mengendalikan pemilihan semula itu.

Sebelum ini Guan Eng memang berkeras enggan mengadakan semula pemilihan itu.

Pendirian berkenaan mencetuskan tanda tanya ramai kenapa DAP takut untuk mengadakan semula pemilihan terbabit sedangkan aduan berlaku manupulasi pada pemilihan CEC pada 2012 itu dibuat ahli-ahlinya sendiri.

Memandangkan aduan itu daripada ahlinya sendiri maka sudah tentu terdapat asas terhadap aduan yang mereka lakukan.

Keengganan DAP sebelum ini yang mengemukakan pelbagai alasan seolah-olah menunjukkan ia menyembunyikan sesuatu hinggakan arahan yang dikeluarkan oleh RoS itu tidak dipatuhi dengan segera.

DAP sepatutnya mencontohi UMNO yang pernah menerima arahan sama pada 1987 apabila parti itu diisytiharkan sebagai tidak sah hingga dibubarkan.

UMNO kemudiannya melaksanakan arahan RoS dengan membentuk parti baru. Tiada masalah untuk mengikut arahan RoS.

Apa yang pasti DAP kini berdepan dengan masalah dalaman dan masalah kepercayaan. Februari lalu, DAP dikejutkan dengan tindakan empat wakil rakyatnya yang mengambil keputusan keluar parti.

Tindakan itu sekali gus membuktikan terdapat konflik dalaman yang serius membabitkan pimpinan mereka.

Wakil rakyat yang meninggalkan DAP itu terdiri daripada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang ahli Parlimen DAP Melaka.

Mereka ialah Lim Jak Wong (Bachang), Cin Choon Seong (Kesidang) dan Goh Leong San (Duyong) manakala ahli Parlimen ialah Sim Tong Him (Kota Melaka).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.